Baru laut
Baru laut

Baru laut

Sinonim selengkapnya: The Plant List [3]Baru laut atau baru-baru ialah pokok arboresen setinggi 5-10 meter (boleh mencapai sehingga 20 meter) yang terdapat di persekitaran pesisir pantropika serumpun dengan bunga raya dalam genus Hibiscus. Walaupun ia mungkin merupakan pokok asli Dunia Lama. dan mungkin merupakan pokok asli Hawaii dan tempat-tempat yang lain di Lautan Pasifik, ia telah disebarkan oleh orang Polinesia yang awal kerana kayu dan gentiannya yang berguna. Nama saintifiknya Thespesia populnea (L.) Sol. ex Correa. [4] Pohon ini turut dikenali antara lainnya sebagai baru laut (Simeulue), waru laut, waru lot (Jw., Sd.) dan baru lot atau beru lot (Md.).[5]Di Pulau Pitcairn, Pokok Bebaru amat umum pada suatu ketika, akan tetapi ia kini telah dibalak secara giat. Pada sepanjang abad ke-20, penduduk Pitcaim telah belayar ke Pulau Henderson bagi memperoleh kayu pokok ini untuk membuat barang-barang aneh sebagai sara hidup mereka (Binggeli, 1999). Bunga Pokok Bebaru memainkan peranan yang penting dalam perjuangan kemerdekaan Sri Lanka, dan dijual oleh Gerakan Suriya-Mal sebagai ganti untuk popi bagi membantu bekas anggota tentera asli.